jom ramai2 ber-klik2 DI SINI !!

Tuesday 11 June 2013

New Life is More Fun?? Ye ker??


Apa khabar readerssss, hahaha. Kalau korang sihat say "heayyy!!" 

Okay la..memandangkan aku dah lama tak updated aku punyer belog (sebab tak berkesempatan and internet mcm tunggang terbalik dah aku rase!) Jadi sementara nak tunggu class starts pukul 2.30ptg nanti, so better aku updated sekejap belog aku nieh. Am i right? hohoho.

Selepas seminggu lebih dah cek duk tercampak jaoh nun ke Puncak Alam cek habaq kat hangpa semua yang cek raso a little bit happy la..tapi takde la sampai elated! Because im still new here and im not making a lot of friends yet. That why la kot aku rase sayu je..nak-nak kalau adew budak-budak duk dekat dgn rumah dapat balik tiap-tiap minggu! Jealous kowt. Untung la... sobsobsob :'(

" umiii, akak nak balik ganuu..tapi takde geng nak ajak balik.."
(luahan hati seorang perantau.. ececeh! kesian kan?kan?kan?kan? huahuhu)

Alang-alang aku dah cerita kat korang about my new life as a student in UiTM Puncak Alam. So, korang nak dengar tak aku punyer citer sepanjang aku bermastautin kat sini. Nak ke tidakk?? okay-okay, straight to the point jela. Senang citer kan? Aku pun taw mesti korang boring nak bace entry yang panjang dan ntah papew kan? Dun't worry, entry ni pendek jew. iALLAH..hahaha

First time aku datang sini punyer la besar dia punyer kampus! (in fact tak setanding main campus) Pastu kereta family aku pun masuk la dalam dia punyer kampus tukan. Aku ingatkan masuk-masuk jew dah boleh jumpe bangunan fakulti. Upe-upenye nak boleh sampai ke bangunan fakulti makk aii!! Jaoh giler! Tu belom aku punyer hostel ( kat sini aku tinggal lam apartment kongsi 8org. Major aku punyer housemate semua dari pantai timur!) Itu takpe lagi, yang mendatangkan masalah kepada budak-budak yang datang lambat macam AKU nieh..uolls taw tak yang kitorang dapat Blok Angsana 5. Blok tu punyer la jaoh. Dah tu pulak cari punyer cari tak jumpe-jumpe. Serious penat giler sampai nak tercabut lutut! Pulak tuh bile sampai je dekat depan blok tu..tengok-tengok takde lift kau. Yang ade hanya TANGGA! saya ulangi TANGGA! wei..penat kowt tawaf satu kolej nak cari blok ni! pastu nak kene naik tangga pulak dahh...naseb badan.. sadis betol! Mujurlah aku dikurniakan kekuatan seperti BADANG. 
* hiperbola terlampau! kekeke..

Okayla readers ku sekalian, aku dah malas nak taip panjang-panjang. Aku nak rehat pulak sementara tunggu class. Wait for the next entry yerk! (maybe sambungkan entry ni..) kuikuikui. See? pendek je kan entry niek.

Thanks for reading this entry! see ya! :D



No comments:

Post a Comment