jom ramai2 ber-klik2 DI SINI !!

Wednesday 22 May 2013

FGV Interview

kali ini aku nak share dekat korang pasal pengalaman aku pergi interview FGV a.k.a. FELDA GLOBAL VENTURE! actually aku baru je habis aku punya last interview dengan FGV dekat menara FELDA yang baru tuh... fyi, FGV ni ada dua saringan tau. Saringan pertama biasanya theyolls buat kat tempat-tempat yang terdekat dengan korang, then last punya interview baru buat dekat menara FELDA. 

Biasanya yang dapat scholarshiop ni tak ramai pon. Tahun 2011 seramai 5orang je tapi tahun(2013) aku 10 orang. Yang bestnya pasal scholarship ni lepas korang habis belajar, korang akan terus dapat kerja dengan FGV! Mostly, theyolls akan hantar further study kat UK. Tapi, sebelum fly korang kena  buat A-level dekat KYUEM dulu selama 2 tahun.

Macam biasa, kalau korang nak tau korang dapat ke tak interview FGV ni korang kena check korang punya email. Tapi korang jangan risau theyolls akan call korang jugak bagitau yang korang dapat interview tu (bagi yang dapat)...so kalau tak check email pun takpe (bagi aku la..). Okayla, now aku nak kasi story pasal interview FGV saringan pertama. Fyi, FGV punya interview ni ada 2 bahagian taw!

Bahagian pertama biasanya korang kena jawab 2 jenis test ( atas kertas ) iaitu:
  • 32 soalan critical reasoning ( soalan ni dia akan bagi perenggan,then korang  kena jawab based on the statement given dalam masa 18minit. Jawapan dia ada 3pilihan je samada TRUE,FALSE OR NOT SURE ) *kalau tak silap aku la

  • 20 soalan numerical reasoning ( untuk soalan ni korang mesti guna calculator. walaupun ni soalan math tapi mostly about statistic graph, pie chart and data, then korang kena jawab dalam masa 20minit je taw! memandailah korang nak hidup ) *aku pon banyak tembak!
Bahagian kedua pulak korang akan di interview in group. Satu group dalam 5-6orang giteww. Interview ni of course kena speaking la kan..nama pun nak hantar pergi UK. Masa interview saringan pertama ni korang akan ditanya about yourself,family and highest achievement in yourlife. Time ni uolls citer la papew pasal diri uolls..masa interview ni theyolls tak tanya pun pasal isu semasa, jadi tak payah baca pun takpew... After that, theyolls akan beri  task pastu suruh korang pilih satu daripada senarai tajuk-tajuk yang ada. Task ni dinamakan group discussion. Lepas korang bincang tu korang kena present depan interviewer macam biasala kan...So, lepas habis semua-semua tuh, korang dah boleh balik.

Bagi sesi interview saringan kedua (kiranya yang last la..) korang akan terima email dan call dari pihak FGV macam biasa. Untuk kali ni korang still kena jawab test macam dalam saringan pertama cuma bezanya korang kena jawab dalam computer. So faham-faham jela kalau dah salah jawab, memang dah tak boleh back to the previous question la... Lepas jawab tu korang akan ada sesi interview dengan pihak atasan FGV. Tapi korang jangan risau theyolls tersangatlah FRIENDLY a.k.a PERAMAH! Masa time aku, yang masuknya sorang je tapi interviewer ada 5orang kesemuanya. Masa interview ni korang akan duduk satu meja dengan interviewers tu.. (in meeting room). Soalan theyolls random, so memandailah korang jawab. Tapi diingatkan ye! anda wajib mengetahui mengenai background and business FGV! Sebab memang theyolls akan tanya siket-siket. So my suggestion you must be prepare. Kalau boleh jangan hafal tapi fahamkan sebabnya theyolls boleh agak yang korang hafal benda-benda semua tuh. Macam aku...kantoi hafal pasal background FGV! siap salah seorang interviewer tu boleh sambung apa yang bakal aku bitao kat theyolls. Tak ke malu tuh?? 

Aku rasa setakat ini saja perkongsian aku pasal inteview FGV. Diharap perkongsian aku ni dapat membantu uolls especially yang bakal  menghadiri interview FGV. Nasihat aku kalau korang betul-betul nak scholarship ni,do your best especially masa test tu sebab theyolls banyak menilai berdasarkan test tu..tapi sebenarnya atas rezeki masing-masing. Macam aku, aku tak perform mana time interview untuk saringan pertama..tapi disebabkan markah test aku untuk saringan pertama tu tinggi (walaupun sebenarnya aku banyak tembak) Alhamdulillah aku dipanggil untuk ke interview FGV saringan kedua.

notes:-
  • setiap kali uolls pergi saringan interview, korang akan disediakan dengan hidangan minum pagi dan minum petang memandangkan masa interview FGV bermula dari pagi sampai petang ( kalau nak solat pon boleh sebab ada disediakan tempat )
  • bagi interview saringan kedua, korang akan dapat duit saku daripada FGV. Yela...korang kan dah travel jauh-jauh semata-mata nak datang interview tu..so kira untung la siapa-siapa yang dapat pergi untuk second interview FGV!

1 comment: